TEMPAT MENARIK DI MELAKA
TEMPAT MENARIK DI MELAKA
Selain lawatan ke muzium dan bacaan, anda sebenarnya boleh mempelajari banyak perkara berkaitan dengan sejarah Melaka dengan menyaksikan persembahan. Persembahan yang padat dengan info sejarah Melaka ini dinamakan sebagai Encore Melaka.
Di dalam persembahan berdurasi 70 minit ini, anda dapat tenggelam dalam 6 abad berbeza yang pernah dilalui kota lama ini yang dipersembahkan oleh 200 orang penghibur.
Alamat: No. 3, Jalan KSB – Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka
Waktu Persembahan: Isnin – Sabtu (5.30 pm – 8.30 pm) | Ahad (2.30 pm – 5.30 pm)
Website ://www.maisinggah.httpscom/tempat-menarik-di-melaka/
2.Serama Adventure Park
Serama Adventure Park adalah sebuah taman yang luas, padat dengan pelbagai kemudahan permainan outdoor yang lasak dan sesuai untuk seisi keluarga.
Antaranya:
- Flying fox
- Boat ride-ATV (in house / off road)
- Tarzan Swing
- Wall climbing
- Abseiling
- Mountain bike
ALAMAT: Lot 2727&2729, Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal, 76100 Alor Gajah, Melaka
Taman botani yang pada asalnya adalah Hutan Rekreasi Ayer Keroh ini memiliki keluasan sehingga 92.5 hektar, padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga.
Suka berjogging? Ini adalah antara port berjogging yang paling best pernah anda temui, suasananya sungguh mendamaikan jiwa, dengan pokok-pokok yang mekar di sepanjang perjalanan, udara di sekitar taman ini juga cukup menyegarkan. Nak makan angin di sekitar taman botani dengan cara yang lebih santai? Sewa sahaja buggy elektrik yang disediakan.
Sebenarnya, taman ini bukanlah sekadar taman dengan pokok-pokok dan bunga-bungaan yang berwarna-warni, ada banyak lagi tarikan lain seperti Kampung Buku, Muzium Hutan, Taman Dinasour yang menempatkan 15 replika dinasour dan juga jambatan gantung.
Selain melawat tarikan-tarikan yang ada, anda juga boleh merancang untuk melakukan banyak lagi aktiviti lain .
Contohnya :-
- Berkayak
- Berkelah
- Berkhemah
- Merentas hutan
ALAMAT: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
WEBSITE: https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-melaka/
5. Magic Art 3D Museum
Hanyalah bersebelahan dengan Bayou Lagoon, Magic Art 3D Museum adalah tempatnya untuk anda sekeluarga bergambar sepuas hati sampailah padat memori dalam kamera. Mana tidaknya, muzium 3D ini rupa-rupanya adalah yang kedua terbesar di Malaysia selepas muzium 3D di Langkawi. Berkeluasan sehingga 7,000 kaki persegi dan terletak di dalam bangunan 2 tingkat, sungguh banyak lukisan 3D yang boleh anda gunakan untuk beraksi di depan/atasnya bagi menghasilkan gambar yang tak masuk akal tapi nampak real!
Untuk pengetahuan anda, di dalam Magic Art 3D Museum ini terdapat 8 tema 3D yang berbeza. Antara tema yang ada adalah kuil purba, bandaraya Melaka, lautan, hutan dan banyak lagi. Setiap tema ini lengkap dengan iringin muzik yang bersesuaian untuk menaikkan lagi ‘mood’ atau membuatkan anda lebih tenggelam dalam dunia 3D ni.
ALAMAT: G13, G15 & G16, Bayou Square, Jalan Wakaf Utama,, 75450 Bukit Katil, Melaka
WAKTU OPERASI: Isnin – Jumaat Kecuali Rabu (10.00 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, Cuti Umum (9.00 am – 9.00 pm)| Rabu Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum (Tutup)
TEMPAT PENGINAPAN DI MELAKA
1.Philea Resort & Spa
Hanyalah 20 minit pemanduan dari tapak bersejarah bandar Melaka terletaknya sebuah resort yang betul-betul buat anda terasa seperti tinggal di dunia yang jauh dari kesibukan kota yang mana merupakan impian sesiapa yang sedang bercuti.
Resort yang dikelilingi pokok-pokok menghijau ini memberikan anda ‘feel’ seperti berada di hutan dengan bunyi-bunyi burung yang berkicauan.
Dengan penggunaan kayu-kayu balak atau logwood sebagai dinding resort dan juga di dalam setiap bilik memberikan anda perasaan seperti tinggal di dalam rumah kabin yang wujud banyak di negara barat.
Siling bilik yang agak tinggi, dan penggunaan kayu secara total dalam rekaan dalaman bilik memberikan anda pengalaman penginapan yang sangat selesa dan suasana yang sejuk.
Apa yang anda inginkan sewaktu bercuti? Kolam renang? Sauna? Gym? Kemudahan untuk berBBQ? Semuanya disediakan pihak hotel supaya percutian anda terasa lebih sempurna dengan pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan bersama yang tersayang
HARGA: Dari RM367+ semalaman
ALAMAT: Lot 2940-1, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Toll, 75450 Melaka
WEBSITE: https://www.maisinggah.com/resort-di-melaka/
AKTIVITI DI MELAKA
1.Crazy Racing Melaka
Selain di AK Extreme Motorsport Station, anda juga boleh memilih Crazy Racing Melaka untuk bergo-kart di bandaraya klasik ni. Di sini, anda boleh memilih daripada 2 jenis go-kart yang disediakan iaitu sama ada go-kart 200 cc atau go-kart 270 cc.
Yang bestnya tentang Crazy Racing Melaka ini adalah sebab ianya dibuka sehingga lewat malam, memang syoklah kalau dapat berlumba sambil merasa tiupan angin malam, sejuk je kan? Kalau anda tercari-cari apa yang nak dibuat bila matahari dah berlabuh, inilah salah satu aktiviti yang tak patut dilepaskan.
ALAMAT: PT434 Pekan Klebang Sek II, Daerah Melaka Tengah, Melaka
2.Kolam Air Panas Cherana Putih
Untuk menghilangkan kelenguhan badan selepas penat berjalan atau kepenatan lepas beraktiviti lasak, anda boleh terjun ke dalam Kolam Air Panas Cherana Putih yang terletak di Alor Gajah.
Mengetengahkan konsep Toji bath sepertimana yang terdapat di Jepun, anda boleh memilih daripada beberapa buah kolam kecil untuk berendam. Berendam di dalam kolam air panas ni cukup efektif untuk meredakan sengal-sengal badan dan juga membuang toksin. Bila badan dah segar, barulah seronok nak teroka seluruh muka bumi Melaka ni kan?
ALAMAT: Kolam Air Panas Cherana Putih, Taboh Naning, 78000 Alor Gajah, Melaka
WAKTU OPERASI: Isnin – Jumaat (9.00 am – 11.00 pm) | Sabtu, Ahad (9.00 am – 12.00 am)
BAYARAN: Dewasa RM6.50 | Kanak-Kanak RM5.00
2. Melaka Skytrex
Memang kerap di lihat gambar kawan-kawan kita bergayut di media sosial sambil bergemira di Skytrex Melaka ini. Selain daripada Ayer Keroh Skytrex ini juga mempunyai cawangan di Langkawi dan Shah Alam.
Skytrex ini ideal untuk mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar. Disini anda dapat melakukan aktiviti seperti flying fox, tree climbing dan cabaran yang pasti mebuat anda berasa gayat. Selain daripada itu, di kawasan ini juga ada camping, kawasan piknik team building dan bermacam-macam lagi.
Comments
Post a Comment