TEMPAT MENARIK DI JOHOR

 TEMPAT MENARIK DI JOHOR


1. Pantai Stulang Laut, Johor Bahru



Antara salah satu pantai yang terletak di bandaraya Johor Bahru, pantai ini menjadi tumpuan penduduk sekitar atas beberapa faktor. Antaranya ialah lokasinya yang berdekatan dengan Zon Bebas Cukai memudahkan pengunjung bersiar-siar setelah selesai membeli belah. Selain itu, terdapat Medan Selera Stulang yang meyediakan makanan laut yang sedap dan lazat.

2. Pulau Sibu, Mersing




Taman Laut Mersing yang dibuka pada tahun 1993 terdiri daripada 13 pulau yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Antaranya ialah pulau sibu yang juga terdiri daripada Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus, dan Pulau Sibu Hujung. Gugusan pulau ini yang terkenal dengan keindahan terumbu karang.

3. Pulau Rawa, Mersing




Sebuah pulau kecil yang juga kian dikunjungi ramai pelancong ini terkenal kerana saiz pulaunya yang kecil membolehkan para pengunjung bersiar-siar mengelilingi Pulau Rawa dalam masa yang singkat.

TEMPAT PENGINAPAN DI JOHOR


1. D’coconut Island Resort




Bertempat di tengah-tengah taman tropika dan pantai berpasir, D’coconut Island Resort terletak di Pulau Besar, Johor. Resort ini mempunyai 2 pilihan untuk menjamu selera, kolam renang luaran dan bilik-bilik dengan pemandangan kawasan yang menghijau.

Bilik tamu dilengkapi dengan perabot kayu keras dan penyaman udara. Bilik-bilik ini mempunyai balkoni peribadi dan bilik mandi en suite dengan kemudahan pancuran mandian air panas. 


ALAMAT : PULAU BESAR , MERSING JOHOR 


2. Mersing Beach Resort




Mersing Beach Resort terletak di sepanjang pantai Air Papan. Ia menawarkan penginapan yang tenang, tenteram dan selesa dengan Wifi percuma di kawasan awam. Resort ini mempunyai sebuah kolam renang luaran dan menyediakan tempat letak kenderaan percuma di lokasi.

ALAMAT : AIR PAPAN , 86800 MERSING , JOHOR 


3. Renaissance Johor Bahru Hotel



Lihat sahaja bangunan Renaissance Johor Bahru Hotel, hampa dah boleh membayangkan rekaan dalamannya yang juga sangat cantik . Penggunaan warna-warna natural di dalam dekorasi dalamannya yang dapat dilihat sebaik anda menjejakkan kaki ke lobi hotel, membuatkan hampa  terfikir yang ini bukanlah hotel biasa.

Penginapan di hotel ini juga cukup sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga kerana keluasan biliknya yang sangat memuaskan, selesa dan lengkap dengan pelbagai kelengkapan moden.

Alamat: 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, , 8175






ANTARA AKTIVITI YANG MENARIK DI JOHOR

1. Lihat kunang-kunang di Kota Tinggi Firefly Park




Di Kota Tinggi Firefly Park, anda akan dibawa ke beberapa tempat untuk melihat kunang-kunang dengan sebuah bot. Jadi, sama ada anda datang bersama anak-anak atau pasangan, pengalaman ini pasti tidak akan dapat dilupakan, seolah-olah menyaksikan pokok Krismas yang terang-benderang bermandi cahaya.


2. Ambil gambar street art di Laman Kreatif Kluang




Jika anda ingin bersiar-siar sambil menghayati street art yang cantik, Kluang juga antara salah satu tempat di Malaysia.Ada yang menggambarkan sejarah Kluang dan ada juga yang menggambarkan kartun-kartun moden


3. snorkeling dan turtle-watch di Pulau Tengah, Mersing




Selain daripada snorkeling dan selam skuba, aktiviti yang amat disyorkan di sini ialah turtle-watching. Ya, bukan sahaja ia tempat pembiakan penyu belimbing, malah anda juga boleh membantu dalam projek pemuliharaan penyu di sini iaitu Turtle Watch Camp. 

RESTORAN YANG MENARIK DI JOHOR


1. JBorn Cafe & Bistro – Kg Melayu





Menawarkan lebih daripada 40 jenis menu, antara pilihan yang akan dibentangkan di depan mata anda setibanya di café ini nanti adalah makanan seperti lasagna beef, tom yam Thai, monster beef burger, beef nachos, pulut mangga, nasi ayam, nasi kambing, mee bandung, lamb chop, cheezy fried chicken chop dan macam-macam lagi.


ALAMAT : 150, Jln Tebrau Lama, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor


2. Onn Kitchen






Bagi yang sudah biasa berkunjung ke Onn Kitchen nasi lemak sambal paru adalah anatara menu yang wajib dimakan dan rata-ratanya memuji masakan ini. Cukup lemak, pedas yang terasa dan sambal paru yang padu keenakannya. 


ALAMAT :  29A, Jalan Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor



3. The Dreamliner Airways Café




restoran berkonsepkan di atas awan sebegini sememangnya wujud! Berkunjung saja ke The Dreamliner Airways Café dan angan-angan anda pasti tercapai.

Di sini anda boleh menikmati makanan barat seperti Chicken chop, chicken grill, lamb chop dan sebagainya. 


ALAMAT : 7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor


Comments

Popular posts from this blog

TEMPAT MENARIK DI MELAKA

TEMPAT MENARIK DI KEDAH

TEMPAT MENARIK DI JOHOR