TEMPAT MENARIK DI KEDAH
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KEDAH
Taman Burung Kulim
Tercari-cari lokasi yang best untuk dilawati dengan anak-anak? Anda boleh mempertimbangkan untuk ke Taman Burung Kulim yang terletak tidak jauh dari pejabat pos Kulim.
Walaupun nama diberikan “Taman Burung” tapi sebenarnya di dalam taman ini terdapat banyak lagi haiwan lain, boleh dikatakan tempat ni macam sebuah zoo mini. Antara haiwan yang ada adalah seperti itik, ayam, arnab, kura-kura, ikan dan sebagainya.
Semasa berada di sini, anda sekeluarga boleh membeli makanan haiwan yang disediakan disediakan di kaunter untuk memberikan haiwan-haiwan ini makan sendiri.
Merdeka Clock Tower / Menara Jam Besar
Merdeka Clock Tower ataupun Menara Jam Besar ini adalah sebuah binaan klasik yang telah berdiri dengan teguh di hadapan Masjid Zahir sejak tahun 1912 lagi. Mengenai seni binanya, dapat dilihat unsur kesenian Islam dengan kewujudan bulan sabit dan kubah. Namun begitu, apabila diamati ukiran di bahagian bawah menara, wujud pengaruh www.maisinggah.com
indu terutama sekali ukiran pada bahagian pintu masuk menara. Gabungan yang agak
Rumah Tok Su
Terletak di dalam lanskap taman yang indah dan penuh kehijauan adalah sebuah rumah peninggalan era lama yang telah mencecah usia sekitar 100 tahun, iaitu Rumah Tok Su. Rumah tradisional ini diberi nama Rumah Tok Su sempena nama pemiliknya yang terakhir, yang mana ayahnya merupakan seorang ketua kampung. Rumah ini juga pernah menjadi lokasi diadakan mesyuarat politik sebelum kemerdekaan negara.
Kedudukan rumah ini sebenarnya telah dialihkan dari lokasi asal iaitu Kampung Permatang Kerat Telunjuk yang terletak dalam sekitar 200 km dari Alor Setar (kedudukannya sekarang).
Rumah klasik ini menjadi lambang kepada keindahan struktur binaan tradisional Melayu. Beratapkan rumbia dan berdindingkan kayu meranti, Pembuatannya cukup teliti dengan adanya ukiran-ukiran indah pada bahagian beranda, ruang tengah, anjung, rumah ibu, dapur dan ruangan pelantarnya.
Dibuka kepada orang awam sejak tahun 2001, rumah ini seringkali dijadikan lokasi penggambaran filem dan dokumentari.
sumber:www.maisinggah.com
AKTIVITI MENARIK DI KEDAH
Taman tema bukanlah sesuatu yang unik dan anda boleh temui di merata negeri. Di Kedah juga ada taman tema yang boleh anda kunjungi iaitu The Carnival Sungai Petani dan Fantasia Aqua Park Jitra.
Satu tempat yang disukai oleh semua peringkat umur. Disini, orang dewasa juga boleh menjadi seperti kanak-kanak. Terdapat berbagai permainan dan aktiviti air yang menyeronokkan. Ada kolam yang luas, beberapa gelongsor air dan sungai untuk disusuri dengan pelampung.
Cuma bersedia dengan bajet yang besar kerana taman tema memerlukan kos yang agak tinggi lebih-lebih lagi jika anda mempunyai keluarga yang ramai. Jika anda memang berhajat untuk kesini, sediakan pakaian mandi yang bersesuaian.
Maklumat lanjut lihat artikel The Carnival Water Park Sungai Petani
Alamat:
The Carnival
Persiaran Cinta Sayang,
08000 Sungai Petani,
Kedah
Fantasia Aquapark,
Jalan Darulaman Golf & Country Club,
06000 Jitra,
Kedah
Waktu operasi:
The Carnival
Isnin, Selasa, Khamis : 2.00 pm - 10.00 pm
Rabu : Tutup
Hujung minggu, Cuti sekolah : 10.00 am - 10.00 pm
Fantasia Aqua Park
Isnin, Rabu, Khamis : 12.00 pm - 7.00 pm
Selasa : Tutup
Hujung minggu, Cuti sekolah : 10.00 am - 7.00 pm
Mandi air terjun
Jika taman tema air terlalu mahal bagi anda, pergi saja ke air terjun. Kedah mempunyai banyak tempat peranginan air terjun yang menarik. Anda boleh mandi, bawa makanan untuk berkelah dan melakukan aktiviti trekking atau perkhemahan.
Antara lokasi air terjun popular di Kedah ialah:
- Lata Bukit Hijau, Baling
- Lata Bayu, Baling
- Titi Hayun, Yan
- Lata Mengkuang, Sik
- Air terjun Junjong, Kulim
Maklumat lanjut lihat artikel Air terjun Lata Bayu Baling.
Alamat:
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Aras 8, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Star,
Kedah
Waktu operasi:
Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm
Mendaki Gunung Jerai
Gunung Jerai yang berketinggian 1,217 meter mempunyai beberapa trek menarik untuk para penggemar mendaki gunung. Ada trek yang sukar dan ada trek mudah. Bagi trek hutan, seeloknya anda mencari malim gunung (guide).
Antara trek popular di Gunung Jerai ialah:
- Tangga Kenari, Titi Hayun - Setakat tangga 1000 atau puncak gunung.
- Air Terjun Puteri Mandi - Sampai air terjun atau puncak gunung.
- Kaki gunung, jalan tar - Laluan kenderaan ke puncak gunung.
Maklumat lanjut lihat artikel Gunung Jerai - Percutian dan aktiviti menarik.
Alamat:
Gunung Jerai
08300 Yan,
Kedah
Waktu operasi:
Setiap hari : 9.00 am - 5.00 pm
sumber:
www.percutianbajet.com
TEMPAT PENGHINAPAN DI KEDAH
Bilik-bilik di hotel ini dilengkapi dengan meja, TV skrin rata dan bilik mandi peribadi. Semua bilik di GREENISH HOTEL LANGKAWI mempunyai alat penyaman udara dan almari pakaian.
Tarikan terkenal berhampiran penginapan ini adalah Taman Semulajadi Sungai Kilim, Langkawi Bird Paradise dan Jeti Kuah. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Langkawi yang berjarak 17 km dari GREENISH HOTEL LANGKAWI.
Bilik-bilik di hotel ini menyediakan ruang tempat duduk. Bilik-bilik di Shell Out Beach Club Suite dilengkapi dengan alat penyaman udara dan TV.
Tempat-tempat menarik yang terkenal berhampiran tempat penginapan ini termasuk Langkawi Bird Paradise, Dataran Helang dan Jeti Kuah. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Langkawi yang berjarak 17 km dari Shell Out Beach Club Suite. Tempat penginapan ini menawarkan perkhidmatan shuttle lapangan terbang berbayar.
Alamat:
No.71, Dayang Business Centre, Persiaran Dayang 3, 07000 Kuah, Malaysia
Alor Setar Breakfast Station
Kalau anda masih tercari cari kedai makan untuk mengisi perut pada waktu pagi, singgahlah di Alor Setar Breakfast Station ini. Kedai makannya ringkas dan bersaiz sederhana tetapi makanan yang disajikan bukan calang calang.
Dibuka hanya pada waktu pagi hingga tengahari, anda boleh merasai pengalaman bersarapan suasa
Alamat: Nombor 24, Batu 3, Jln Langgar, 05460 Alor Setar
Zakaria Laksa Teluk Kechai
Orang utara memang cukup sinonim dengan keenakan masakan laksa mereka, salah satu laksa terbaik yang boleh didapati di sini ialah di Zakaria Laksa Teluk Kechai. Terletak bersebelahan dengan kawasan sawah padi, menjadikan restoran ini tarikan utama pelancong untuk menikmati semangkuk laksa utara asli sambil ditemani pemandangan indah.
Menurut pemilik restoran, resipi laksa turun temurun ini menjadi kegemaran ramai kerana mereka menggunakan bahan rahsia iaitu sambal kelapa dicampurkan bersama kuah laksa yang dimasak pekat. Mee laksanya pula gebu dan lembut kerana diproses sendiri menggunakan beras.
Tentu membangkitkan selera sesiapa saja yang menjamunya. Jangan lupa untuk datang lebih awal sekiranya ingin berkunjung kesini kerana restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang cukup menggemari hidangan mereka. Rugi kalau tak singgah!
Alamat: No 250, Jalan Kuala Kedah, Teluk Kechai, Alor Setar, Kedah (berdekatan Masjid Teluk Kechai)
Comments
Post a Comment