TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG
TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG
Chew Jetty
Chew Jetty adalah yang paling terkenal dalam kalangan pelancong kerana kemeriahannya yang mana rumah-rumah terapung di sini menjual pelbagai jenis barangan yang boleh dibeli untuk dijadikan cenderamata.
Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah kewujudan aktiviti atau sukan air yang boleh dicuba. Selain ini semua, Chew Jetty turut mendapat populariti kerana salah satu daripada lukisan mural yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic (pelukis Penang Street Art) yang diberikan nama ‘Mirrors George Town’ terletak di sini.
Masa yang diambil untuk habis meneroka jeti ini adalah dalam sekitar 1 jam. Alang-alang dah berada di sini, jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan pemandangan dari jeti ini ketika matahari terbenam.
Alamat: Pengkalan Weld, 10300 Pulau Pinang
Muzium Perang
Kerana kedudukannya yang strategik Pulau Pinang ini antara tempar terawal yang jatuh ke tangan penjajah British. Tempar terbaik untuk anda belajar sedikit mengenai zaman gelap ini adalah di Muzium Perang Pulau Pinang.
Sebelum ia di ubah suai menjadi muzium, asalnya tempat ini berfungsi sebagai kubu dan kem kerajaan British semasa perang dunia kedua.
Didalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peningalan tentera british seperti bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata.
Bukit Bendera
Antara destinasi paling ikonik di Pulau Pinang yang harus anda lawati jika diizinkan adalah Bukit Bendera. Ia merupakan stesyen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatas terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu.
Untuk ke puncak anda tidak perlu berjalan kerana anda boleh menaiki funicular train service. Banyak aktiviti menarik menanti anda di puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl museum dan bermacam-macam lagi.
Sumber: www.maisinggah.com
The Top Penang
The Top Penang terletak di KOMTAR. Ia adalah taman tema yang menawarkan berbagai permainan dan aktiviti kepada pengunjung. Sesiapa sahaja yang bercuti di Penang pasti bercita-cita untuk merasai semua ini. Cuma bajet yang menentukan samada ia akan menjadi realiti atau fantasi.
Bagi anda yang belum pernah ke sini, berikut adalah antara tarikan dan aktiviti yang popular dikalangan pengunjung:
- Rainbow Skywalk
- Jurassic Research Center
- The Gravityz
The Top Penang
1, Jalan Penang,
10000 George Town,
Penang
Waktu operasi:
Waktu aktiviti adalah berbeza. Semak laman web rasmi The Top Penang.
Isnin - Jumaat : 10.00 am - 8.00 pm
Sabtu - Ahad : 11.00 am - 9.00 pm
Maklumat lanjut lihat artikel: The Top Penang
Jet Ski, Parasailing di Batu Ferringhi
Aktiviti jet ski dan parasailing ini ada di Batu Ferringhi. Ia adalah aktiviti lasak yang memerlukan keberanian. Banyak operator yang menawarkan perkhidmatan ini tetapi berhati-hatilah kerana tidak semua operator berlesen dan ada perlindungan insurans.
Kalau takut dengan aktiviti atau harga tiket, anda boleh mencuba aktiviti berikut:
- Banana Boat
- Big Donut
Ferringhi Sea Sports Co.
Jalan Batu Ferringhi,
11100 Penang,
Malaysia
Waktu operasi:
Setiap hari : 9.00 am - 7.00 pm
Maklumat lanjut lihat artikel: Ferringhi Sea Sports
Trekking di Taman Negara Pulau Pinang
Banyak trek di Taman Negara Pulau Pinang yang menarik boleh anda cuba. Trek paling jauh ialah Pantai Kerachut manakala trek paling dekat ialah Mukah Head. Namun pastikan anda sihat untuk melakukan aktiviti ini.
Aktiviti trekking adalah percuma melainkan anda inginkan pemandu pelancong. Apa yang perlu dilakukan ialah mendaftar di pejabat Taman Negara. Sebelum memulakan aktiviti, pastikan juga anda membawa bekalan air minuman dan makan tenaga secukupnya.
Pejabat Taman Negara Pulau Pinang,
Jalan Hassan Abbas,
11050 George Town,
Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm
Sumber: www.percutianbajet.com
TEMPAT PENGINAPAN DI PULAU PINANG
Travelodge Georgetown, Penang
Travelodge Georgetown, Penang menawarkan tempat penginapan dalam kesibukan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Ia mempunyai sebuah kolam renang luaran. Tetamu boleh menjamu selera di restoran di lokasi. WiFi percuma disediakan di seluruh kawasan penginapan.
Ia berada 300 meter ke Muzium Negeri Pulau Pinang dan 1.7 km ke Chinatown yang kaya dengan budaya. Jeti Suku Pulau Pinang berjarak 2.1 km dari Travelodge Georgetown, Penang, manakala Muzium Wonderfood dan Fort Cornwallis berada dalam jarak 3.3 km. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terletak sejauh 17.6 km.
Alamat: 01, Macalister Road, 10400 Georgetown, Malaysia
Macalister Hotel by PHC
Macalister Hotel by PHC terletak di George Town, dalam jarak kurang daripada 1 km dari Rainbow Skywalk at Komtar. Ia menyediakan bilik-bilik yang berhawa dingin. Tempat penginapan ini terletak lebih kurang 2.8 km dari Muzium Wonderfood, 2.1 km dari Pusat Beli-belah Prangin dan 3.1 km dari Pinang Peranakan Mansion. Penginapan ini menyediakan kaunter penerimaan tetamu 24 jam. WiFi percuma juga disediakan di seluruh kawasan penginapan.
Alamat: No 3 Lebuh Nanning, 10400 Georgetown, Malaysia
Sumber: www.booking.com
RESTORAN MENARIK DI PULAU PINANG
Deen maju
Tidak dinafikan, kedai makan ini menjadi fenomena sejak 2-3 tahun ini dengan ayam goreng rempahnya. Ini dapat dilihat dengan barisan beratur yang panjang.
Kedai Nasi Kandar Dee Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama. Waktu operasi pula dari pukul 2.30 petang hinggalah ke 11 malam.
Tetapi harus diingatkan, ini belum tentu menjaminkan makanan itu ada jika anda tiba atas pukul 8 malam. Kalau habisnasib tidak menyebelahi anda, mungkin makanan semua sudah lincin. Ayam gorengnya dikatakan terbaik dan wajib diambil jika makan di sini.
Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang
Char Kuey Teow merupakan antara menu yang paling terkenal di Pulau Pinang di samping nasi kandar dan roti canai. Di Sani Char Koey Teow, anda pasti akan berpuas hati dengan Char Koey Teow yang disajikan.
Saiz hidangan yang besar, lauk yang banyak dan kuah Char Kuey Teow yang pekat merupakan antara punca utama menu ini begitu digemari ramai. Anda wajib mencubanya sendiri, dijamin enak dan mengenyangkan!
Alamat: , Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Sumber: www.saji.com
Comments
Post a Comment