Tempat Menarik Di Pahang

 

1) Tempat Menarik Di Cameron Highland

 i) KC Kwang & Sons Grape Farm


       



KC Kwang & Sons adalah sebuah ladang tomato dan anggur yang terletak di Kampung Raja. Berkeluasan 60 hektar, penghasilan buah anggur dan cukup banyak sehinggakan sebahagiannya dieksportkan ke luar negara.


Untuk pengetahuan anda, buah anggur yang ditanam di sini adalah daripada jenis ‘Kyoho’ yang merupakan jenis anggur yang besar dan manis.
datanglah pada ketika musim menuai tiba iaitu pada bulan Jun dan Disember setiap tahun.  Rancang perjalanan anda betul-betul ya?

Alamat: No. 33 Main Road, Kg Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)




MAKANAN MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

200 Seeds Café (Abang Strawberry)



Kafe atau jenama Abang Strawberry ini memang sudah viral dan dikenali ramai kerana keenakan masakan serta produk jualannya yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga kreatif. Yang paling favorite tentunya Nasi Lemak Strawberi yang unik, iaitu sambalnya dimasak bersama buah strawberi segar menjadikan rasanya pedas, masam dan manis,
Nasinya juga berwarna merah jambu dihidangkan bersama ayam goreng rangup pastinya menimbulkan keinginan anda untuk merasai keenakkannya.

Alamat: No. 24, Kampung Taman Sedia, 31900, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari (8am-8pm) Jumaat (8am-1pm/ 2.30pm-8pm)




TEMPAT PENGINAPAN CAMERON HIGHLAND


.Hotel De La Ferns Cameron Highlands


Hotel yang terletak diantara Brinchang dan Tanah Rata ini juga menampilkan seni bina inggeris Tudor dan menawarkan penginapan selesa untuk seisi keluarga


Resort butik ini mempunyai 75 bilik dan memberi tetamu 4 pilihan penginapan iaitu bilik Single, Double, Twin dan Queensize Twin.

Lokasi: Batu 39, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata

Selanjutnya Di Booking.com



2) TEMPAT MENARIK DI GENTING HIGHLAND

 Indoor Theme Park



Tarikan ini dibahagikan kepada 6 tema berbeza iaitu Malaysia (Genting Walk), Switzerland (Swiss Alps), Itali (Venice), England, Perancis (Champs Elysees) dan Amerika (Times Square & Universal Walk). Bukan sahaja dapat berseronok dengan pelbagai jenis permainan, tapi anda  juga dapat ‘melancong’ ke pelbagai negara dalam satu bangunan yang sama.Permainan yang ditawarkan pula adalah seperti Carousel, Tour de Paris, Ferris Wheel, Venice Gondola, Monorail, Reindeer Cruiser dan banyak lagi.

Alamat: First World Complex



MAKANAN MENARIK DI GENTING HIGHLAND





Medan selera ini terletak di aras bawah Sky Avenue. Bersebelahan pintu masuk Outdoor Theme Park. Seronok dah ada Medan Selera di Genting Highland ni. Macam-macam jenis pilihan makanan yang korang boleh pilih. Antara kaunter yang terdapat di Medan Selera ini ialah :
~ Rice & Spice : Antara makanan yang dijual ialah Nasi Lemak dan Nasi Kandar
~ Noodles : Antara makanan yang dijual ialah Mee Bandung, Char Kiey Tiaw dan Bakso
~ Laksa : Pelbagai jenis laksa boleh didapati di sini
~ Western Asian : Makanan dari Negara Arab seperti Shawarma Ayam
~ Crispy & Chips : Antara menu yang ada di sini ialah Fish & Chip,  Chicken Popcorn dan Chicken Chop

 medan selera ini dibuka dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.




AKTIVITI  DI GENTING HIGHLAND

 1)Awana Golf



Padang golf yang berkeluasan 5860 meter ini merupakan sebuah padang golf 18 lubang yang dapat memberikan cabaran yang bersesuaian dengan pelbagai tahap kemahiran.
Bukan itu sahaja, golfer yang datang ke sini juga dapat menikmati keindahan flora dan fauna di kawasan sekitar yang cukup menyejukkan mata.

Alamat: KM13, Genting Highlands, 69000 Genting
Waktu Operasi: 10.00am – 12.50pm & 1.00pm – 5.00pm
Bayaran Masuk: RM80 – RM260



TEMPAT MENARIK DI NEGERI PAHANG

1) Kubang Gajah Waterpark

  
Jom mandi-manda sepuas hati di Kubang Gajah Waterpark selepas seharian makan angin di sekitar Pahang. Kelaparan selepas bermandi-manda? Anda dibenarkan untuk membawa masuk makanan sendiri. Kalau terlupa atau tak sempat untuk menyediakan makanan sendiri, jangan risau, kerana waterpark ini terletak berdekatan dengan banyak kedai makan menarik.

Alamat: Kampung Sungai Rabit, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin & Rabu (9.00 am – 7.00 pm) | Isnin, Rabu Kecuali Cuti Sekolah (Tutup)

Harga Tiket:
  • Hari Biasa: Dewasa RM7 | Kanak-Kanak RM5 | Kanak-Kanak (<2 Tahun) Percuma | OKU & Warga Emas RM3
  • Hari Cuti: Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM8 | Kanak-Kanak (<2 Tahun) Percuma | OKU & Warga Emas RM5

Makanan Menarik Di Pahang

1) Nasi Kukus Seberang Balok



Mendapat rating 4.1 daripada 5 bintang, maklum balas yang positif dari pengunjung warga tempatan mahupun pelancong dari luar sudah pasti ada sesuatu yang istimewa di sini.
Nasi kukus ayam berempah digabungkan dengan coconut shake yang berkrim adalah pembuka selera makan di sini. Penyediaan nasi kukus yang lembut dihidangkan pula dengan kari pekat serta pedas ala-ala kari mamak style serta ayam goreng berempah yang empuk pasti destinasi ini bakal dikunjungi lagi di masa hadapan.


Alamat:  Kampung Seberang Balok, 26100 Balok, Pahang


2)Tempat Penginapan di Pahang

Pavilion Hotel Kuantan



Pavilion Hotel Kuantan terletak di lokasi paling utama. Kuantan City Mall & Berjaya Megamall terletak hanya 100 meter jauhnya. Selain itu, East Coast Mall berjarak hanya 300 meter jauhnya. Ia menyediakan penginapan berhawa dingin dengan akses internet percuma.
Bilik-bilik yang dihias secara menarik ini mempunyai lantai yang berkarpet sepenuhnya, pemain DVD, bar mini serta peti keselamatan peribadi dan alat membuat teh/kopi. Bilik mandi adalah en suite dan mempunyai alat pengering rambut. TV satelit dengan 33 saluran disediakan.

digemari ramai boleh didapati dalam jarak berdekatan. Baca maklumat selanjutnya



 3)Aktiviti Di Pahang


 GUNUNG BRINCHANG



Gunung brinchang merupakan gunung kedua tertinggi,selepas gunung irau.Gunung brinchang mempunyai ketinggian  setinggi 2,031 meter dari paras laut.Di puncak gunung brinchang boleh menikmati permandangan indah ,jika cuaca baik.korang  boleh nampak pekan kapar dan sebahagian daripada titiwangsa

Comments

Popular posts from this blog

TEMPAT MENARIK DI MELAKA

TEMPAT MENARIK DI KEDAH

TEMPAT MENARIK DI JOHOR